leaderboard

10 Kereta Termahal Dan Termewah Di Dunia

Harga bukan menjadi satu masalah buat ramai jutawan kerana apa yang penting bagi mereka adalah memiliki kereta paling eksotik dalam koleksi mereka. Apa yang anda akan terbayangkan jika kereta tersebut berada dalam kategori kereta 'supercar' atau 'hypercar'? Pastinya kemewahan, kelajuan dan semestinya pada harganya yang amat mahal. 

Berikut merupakan 10 jenis 'Supercar' dan 'Hypercar' paling mahal di dunia!
 


1. MAYBACH EXELERO - RM26,440,000




Exelero merupakan kereta buatan German yang dihasilkan oleh Syarikat Maybach. Kereta ini boleh mencapai kelajuan maksima pada 351 km/jam dan boleh memecut 0 ke 100km/jam dalam masa 4.4 saat.

2. BUGATTI VEYRON SPORTS - RM5,618,500 


Bugatti Veyron Super Sport 16.4 Wallpaper HD 16 Wallpaper

Kereta ini dapat memecut 96 km/jam dalam masa 2.5 saat dan dapat mencapai kelajuan maksima pada 430 km/jam. Bugatti Veyron sememangnya kereta yang terbaik pernah dihasilkan oleh Bugatti setakat ini.

3. ASTON MARTIN ONE-77 - RM6,114,250


Kereta ini hanya dihasilkan sebanyak 77 unit dengan spesifikasi yang tinggi dari Aston Martin. Dengan 750 kuasa kuda, kereta ini dapat mencapai kelajuan 0 ke 60 mph dalam masa 3.4 saat dan kelajuan maksima yang dapat dicapai adalah 354 km/jam.

4. LAMBORGHINI REVENTON - RM5,288,000


Boleh mencapai kelajuan 95 km/jam dalam masa 3.3 saat dan kelajuan maksima kereta ini adalah 339 km/jam.

5. MAYBACH LANDAULET - RM4,560,900


Kereta ini merupakan antara kereta mewah yang menarik di pasaran dengan ciri yang unik. Bumbung kereta ini boleh dibuka pada bahagian belakang sahaja dan fungsi ini sangat jaranf dimiliki oleh model kereta lain. Kereta ini boleh memecut 0 ke 96 km/jam dalam masa 5.2 saat.

6. ZENVO ST1 – RM4,048,625


Zenvo ST1 boleh memecut 0 ke 96 km/jam dalam masa 2.9 saat. Kelajuan maksima Zenvo ST1 adalah pada 375 km/jam. Kereta ini hanya dihasilkan 15 units dengan rekabentuk yang sangat menarik.

7. HENNESSEY VENOM GT SPYDER - RM3,635,500


Kereta ini dapat memecut dari 0 ke 96 km/jam dalam masa 2.5 saat.

8. MACLAREN F1 – RM3,205,850


MacLaren F1 merupakan kereta terpantas dan antara kereta termahal apabila ia dihasilkan pada 1994. Selepas 15 tahun, ia masih lagi menjadi pencabar bagi Super Car yang lain.

9. FERRARI ENZO – RM2,214,350


Ferrari Enzo merupakan antara kereta yang paling popular dalam dunia Super Car dan hanya 400 buah yang dihasilkan. Boleh mencapai kelajuan maksima pada 349 km/jam dan boleh memecut 0 ke 60 mph dalam 3.4 saat.

10. PAGANI ZONDA C 12 F – RM2,207,831


Pagani Zonda mempunyai kelajuan maksima 346 km /jam dan mampu memecut 0 ke 60 mph dalam 3.5 saat. Kereta ini dihasilkan oleh sebuah syarikat kecil di Itali.






0 Komentar untuk "10 Kereta Termahal Dan Termewah Di Dunia"

 
Copyright © 2014-2015 Gilerrr Sembang - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info