Geram bukan sebab marah tapi geram sebab diri sendiri ni yang tak berani nak nunggang motor superbike nih! Hari2 dok nengok orang bawak motor dan juga impikan satu hari nanti dapat nunggang macam diaorg gak gi keje balik keje kan hehehe.
Aperpun, memang idamkan superbike, jenis motor2 besar ni..perrghhhhh! Tangkap sexy lorrrr kalu dapat try sekali hehehe. Cuma, duit dalam bank tak baper nak molek untuk membelinyer wahahahaha!~
Dah dah jom kiter teruskan terjahan kiter untuk ketahui motor mana paling pantassssssssss...zassssssssssssss!~
1. MTT TURBINE SUPERBIKE Y2K (US $150,000)
MTT Turbine Superbike adalah model yang mempunyai kelasnya yang tersendiri apabila dinobatkan dalam "Most Powerful Motorcycle Ever to Enter Series Production" dari Guinness World Record. Ia menggunakan enjin turbo gas Rolls Royce Allison untuk memberikan 300 kuasa kuda 425ft/lbs of torque. Maka, tidak haairanlah jika ia mampu memecut meninggalkan model-model superbike lain dengan kelajuan maksima sehingga 370kmph/227mph semasa ujian.
2. SUZUKI HAYABUSA
Dilengkapi 1340cc inline 4 enjin, Suzuki Hayabusa ini menjadi impian setiap penunggangnya dan termasuk dalam wishlist setiap orang. Dijual pada harga 11,000 pound sterling, Suzuki Hayabusa menjadi 'permata' kepada koleksi Suzuki dengan kelajuan maksima 320kmph/198mph.
3. MV AGUSTA F4 R312
Model F4 ini telah dihasilkan dengan superb dan masih mengekalkannya dalam senarai superbike terpantas dunia dan mendapat perhatian di kalangan peminatnya. Kelajuan maksima yang mampu dicapai F4 adalah 314kmph/195mph.
4. MV AGUSTA F3 TAMBURINI
Superbike F3 ini merupakan yang ke-3 dalam senarai MV Agusta merupakan koleksi terbaru dalam kelasnya. Kalau dilihat dari segi luarannya, F3 mampu menewaskan model lain. Ia juga dilengkapi komputer yang dikenali sebagai 'Ride by Wire' untuk mengawal minyaknya. F3 mampu mencapai kelajuan maksima 307kmph/190mph.
5. BMW S1000RR
Seterusnya, model yang memberi saingan sengit kepada Ducati. BMW ini dihasilkan oleh BMW untuk Kejohanan Superbike Dunia 2009, tetapi kini boleh digunakan di jalan-jalan biasa. Menawarkan 1000cc inline 4 enjin pada14200rpm dan kelajuan maksima 305kmph/189mph, S1000RR merupakan superbike yang sangat impresif dalam pasaran.
6. 2012 DUCATI 1199 PANIGALE SUPERBIKE
Tahun 2012 merupakan tahun terbaik buat Ducati, mengorak langkah setapak lagi untuk setanding dengan model BMW S1000RR. Model terbaru Panigale yang dikeluarkan telah meletakkan jenama superbike dari Itali ini di platform terbaik. Pihak Ducati telah mendakwa bahawa kuasa kuda model ini boleh memuncak kepada 195 kuasa kuda pada 10,750rpm dan 98.1lb-ft torque pada 9000rpm. Tak lupa juga kelajuan maksima yang boleh dicapainya 300kmph/186mph.
7. KAWASAKI NINJA ZZR 1400
Selama lebih 20 tahun ini, model ZZR ini telah menjadi model yang paling dikehendaki di atas planet ini! Pada tahun ini, model klasik Kawasaki telah 'dilahirkan' semula dalam dunia pemotoran. Model terbaru ZZR1400 adalah 'raksasa' terbaru yang mampu mencapai kelajuan maksima 299kmph/185mph .
8. YAMAHA YZF-R1
R1 ini sebenarnya telah dihasilkan dan diuji pada tahun 2012, dan telah mencapai kelajuan maksima 297kmph/184mph dalam proses ujiannya. Dua tahun telah berlalu, dan R1 ini masih kekal dalam senarai 10 superbike terpantas di planet ini! 1st class engineering of Yamaha.
9. HONDA CBR1000RR
Strukturnya, tunggangannya dan karakternya menjadikan superbike jenis Honda ini cantik dan senang untuk ditunggangi . Mmapu mencapai kelajuan maksima 291kmph/180mph, kemampuannya mampu menandingi lawan. Ditambah pula ia di bawah syarikat Jepun, menjadikan performancenyer sentiasa outstanding!
10. SUZUKI GSX-R1000
Superbike ini mempunyai kelajuan maksima 2855kmph/177mph. Suzuki ternyata mempunyai rekod pembuatan superbike bertaraf dunia menjadikan motosikal power ini digemari peminatnya.
0 Komentar untuk "10 Superbike Terpantas Di Dunia"