leaderboard

Puaskan Suami Diranjang Ketika Haid Mengikut Islam

Sebagai seorang isteri, tugas untuk melayan suami adalah salah satu tanggungjawab anda dalam mengharungi alam perkahwinan. Melayan suami bukan sahaja dalam aspek zahir, iaitu makan minum suami, tetapi juga merangkumi aspek batin, iaitu memuaskan nafsu suami.

MEMUASKAN NAFSU SUAMI

Walaupun kepuasan batin bukanlah faktor utama yang menentukan kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga, faktor ini adalah antara faktor terpenting yang memainkan peranan untuk membantu meningkatkan keintiman hubungan suami isteri.
Kaum lelaki terkenal dengan kaum yang mudah terdetik nafsunya. Lihat perempuan seksi sahaja dan “stim”. Walaupun terdapat lelaki yang telah belajar untuk mengawal nafsu mereka, secara nalurinya mereka masih dikekang oleh jajahan nafsu yang sukar dikawal.
Saya pasti suami anda juga tidak terkecuali.
Ini tidak menjadi masalah, kerana anda telah ditakdirkan untuk melayan dan memuaskan nafsu suami anda sebagai seorang isteri. Begitu juga suami anda. Itulah keindahan kehidupan berumahtangga.
'Bagi yang belum mendirikan rumahtangga, cepat-cepatlah ye.'
Secara asasnya, sebagai seorang isteri yang taat, anda wajib menunaikan tanggungjawab anda untuk memuaskan suami di ranjang tidak kira waktu. Asal suami minta jer, anda kena tunaikan.
Itulah asasnya tanggungjawab anda. Tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh meminta suami untuk bertolak ansur. Sudah termaktub kehidupan berumahtangga perlu “give and take”. Jika anda menolak dengan lembut dan elok, tiada sebab untuk suami anda tidak memahami dan marah-marah.
Tetapi janganlah kerap sangat. Nanti kecewa pula suami anda.

MENOLAK PERMINTAAN SUAMI KETIKA HAID

Masalah timbul apabila anda “datang bulan”. Ramai isteri yang menolak 100% apabila diminta oleh suami apabila mereka haid.
Ini adalah tindakan yang betul. Bukankah sebagai seorang Islam, kita dilarang untuk berjimak ketika isteri Haid, atau Nifas. Dilarang keras. Hukumnya HARAM.
Kebanyakkan agama lain juga melarang hubungan seks atau jimak ketika wanita didatangi haid. Sudah pasti ini pengetahuan umum kerana darah Haid adalah kotor dan dipenuhi kuman. Malah tahukah anda pada zaman dahulu, kaum Yahudi lebih ekstrem dengan menjauhi isteri mereka terus ketika isteri mereka haid. Tidak tinggal serumah, tidak mahu makan sekali, dan sebagainya.
Tetapi betulkah tindakan anda? Pernahkah anda terfikir bagaimana perasaan suami anda ketika anda menolak permintaan beliau untuk melampiaskan nafsu beliau? Tidakkah beliau kecewa?

PUASKAN SUAMI KETIKA HAID ‘DIHARUSKAN’

Anda jangan terkejut jika saya katakan sebenarnya puaskan suami ketika anda Haid adalah diharuskan.
Ya sebagai isteri anda diharuskan melayan dan puaskan suami ketika haid dengan sebarang cara sekalipun kecuali yang dilarang, iaitu jimak atau hubungan seks melalui faraj dan dubur.
Jadi jika tak boleh berjimak atau melakukan hubungan seks, bagaimana nak puaskan nafsu suami ketika haid?

CARA PUASKAN SUAMI KETIKA HAID

Banyak caranya. Anda jangan keliru bahawa nafsu suami di sini hanya merangkumi skop nafsu batin atau nafsu seks sahaja. Seperti yang anda ketahui, nafsu manusia ni banyak. Ada nafsu yang baik, dan ada nafsu buruk.
Tetapi oleh kerana laman web ini khusus untuk hubungan batin suami isteri, sudah pasti apa yang ingin kita bincangkan di sini ialah nafsu yang berkaitan dengan naluri kebatinan, atau nafsu batin, seks dan sebagainya.
Nafsu batin adalah antara nafsu yang sukar dikekang. Boleh datang pada bila-bila sahaja, tak kira tempat dan masa. Jika ketika anda haid, suami anda berkeinginan dan nafsu seksnya membuak-buak tanpa dapat ditahan lagi, anda boleh cuba beberapa kaedah atau cara puaskan suami ketika haid berikut.

MENGGODA SUAMI DENGAN FOREPLAY

Anda boleh membuatkan suami anda klimaks dengan mudah, walaupun ketika anda sedang Haid. Oleh itu kenapa pula anda perlu menggoda suami terlebih dahulu? Bukankah lebih mudah “straight to the point”?
Ada sebabnya. Bercumbu dan menggoda suami sebelum membuat suami klimaks akan membuatkan suami anda lebih puas dan nikmat.
Malah suami anda juga akan berterima kasih dan lebih menghargai anda sebagai isteri beliau kerana walaupun anda sedang haid, anda masih meluangkan masa dan tidak ambil mudah dalam tanggungjawab dan tugas anda sebagai seorang isteri.
Adakah kelainan bercumbu dengan suami ketika haid? Tak ada. Sama sahaja.

GUNAKAN TANGAN ANDA – HANDJOB

Handjob adalah salah satu teknik puaskan suami ketika haid. Bagi yang masih samar-samar apa yang dimaksudkan dengan handjob, di mana anda selama ini?
Secara mudah, definisi “handjob” adalah melakukan masturbasi kepada suami anda, atau melancap suami anda dengan tangan. Jika sebelum ini suami anda yang melakukan ‘handjob’ terhadap dirinya sendiri, kali ini anda akan mengambil alih tugas tersebut.
Untuk pengetahuan anda, boleh dikatakan majoriti atau hampir semua lelaki pernah melancap dalam hidup mereka. Statistik menunjukkan 14.1% memulakan masturbasi pada umur 10 tahun, 13% umur 11 tahun, 27.9% umur 12 tahun, 11.8% umur 14 tahun, dan 5.5% umur 15 tahun, dan selebihnya pada umur lain.
Perlukah saya terangkan dengan lebih detail bagaimana untuk melakukan ‘handjob’?
Tak sukar sebenarnya untuk melakukan handjob bagi yang belum pernah mencubanya. Cara paling mudah adalah bertanya kepada suami anda bagaimana beliau ingin anda melakukan ‘handjob’ kepada beliau. Kebanyakkan suami akan menjawab soalan ini tanpa segan silu dan memberikan ‘modus operandi’ terbaik kepada anda.
Walaubagaimanapun jika anda ingin kelihatan seperti ‘pakar’ di ranjang, dan membuat suami anda kagum dengan skill ‘handjob’ anda, amalkan tips handjob berikut.
  • JANGAN BIARKAN KERING
Tidak ada yang lebih menyakitkan pada zakar suami anda selain daripada tangan anda yang kering ketika melakukan handjob. Oleh itu gunakan sedikit pelincir pada tangan anda sebelum melakukan handjob pada suami, atau gunakan sahaja pelincir semulajadi, iaitu air liur anda.
  • SLOW AND STEADY
Jangan tergesa-gesa atau tergopoh gapah walaupun suami anda suka kan aksi rakus. Gerakkan tangan anda ke atas dan ke bawah perlahan-lahan ketika mula melakukan handjob. Anda boleh menambah kelajuan perlahan-lahan mengikut reaksi suami anda.
  • GUNAKAN KEDUA-DUA TANGAN
Oleh kerana kaum lelaki tidak mempunyai zon erotik seperti payudara, atau biji kelentit yang perlu dibelai, anda boleh menumpukan sepenuh fokus anda pada zakar suami dan menggunakan kedua-dua tangan anda untuk melakukan handjob.
  • VARIASIKAN GERAKAN
Jangan hanya menggunakan gerakan naik turun sahaja ketika melakukan handjob. Variasikan gerakan anda. Pusingkan tangan anda, atau gerakkan tangan ke kiri dan ke kanan. Gunakan imaginasi anda dan lihat reaksi suami. Kenalpasti gerakan yang mana satu buat beliau mengerang kesedapan.
Bagaimana jika suami anda tidak tahan dan hampir klimaks ketika anda melakukan handjob? Tiada masalah. Ini lah tujuan utama anda melakukan handjob, iaitu untuk puaskan suami ketika haid. Oleh itu pastikan handjob yang anda lakukan benar-benar memuaskan hati suami.

GUNAKAN BIBIR DAN LIDAH – SEKS ORAL

Kalau nak ikutkan, handjob sahaja sudah cukup untuk membuat kaum lelaki klimaks. Tetapi jika anda ingin memberi lebih nikmat kepada suami, tiada salahnya anda meningkatkan kualiti layanan anda terhadap suami untuk puaskan suami ketika haid dengan menambah rencah seks oral dalam rutin anda.
Seperti yang anda tahu, bibir dan lidah akan memberi kesan rangsangan yang berbeza kepada zakar suami anda berbanding tangan. Selalunya menggunakan bibir dan lidah untuk merangsang zakar, iaitu seks oral akan membuat suami anda lebih nikmat dan puas.
Dan jika anda belum tahu, seks oral akan membuat klimaks suami anda lebih pantas, hebat dan puas.
Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk melakukan seks oral pada zakar suami, atau lebih dikenali sebagai “blowjob”, atau “fellatio”?
Teknik blowjob atau fellatio sebenarnya amat mudah dan tidak memerlukan sebarang ‘skill’ yang sukar. Caranya ialah dengan membayangkan zakar suami anda sebagai sebatang ais krim. Apa yang anda lakukan ketika anda makan ais krim? Lakukan perkara yang sama kepada zakar suami anda.
Bayangkan zakar suami anda adalah sebatang ais krim yang menyelerakan pada hari yang panas terik. Hilangkan haus anda dengan zakar suami. Tak susah kan?
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa teknik seks oral yang lebih advance yang boleh menambahkan kenikmatan suami ketika seks oral.

SELEPAS SUAMI KLIMAKS

Kebiasaannya selepas berjimak, iaitu ketika isteri tidak didatangi haid, pasangan akan berbaring di atas katil, berpelukan, bergurau atau berbual mesra. Kenapa tidak lakukan perkara yang sama walaupun anda tidak berjimak dan hanya memuaskan suami ketika anda haid?
Kebanyakkan isteri yang melakukan handjob atau blowjob untuk puaskan suami ketika haid akan terus meninggalkan suami, atau mengabaikan suami selepas suami mereka klimaks? Perbuatan ini amat ‘kejam’.
Ini memberi gambaran yang mereka hanya memuaskan suami sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’, atau sekadar cukup syarat.
Apa salahnya anda melayan suami seketika selepas beliau klimaks. Anda boleh membantu membersihkan zakar beliau, atau bergurau dengan suami yang keletihan selepas klimaks. Boleh juga anda sediakan minuman untuk menghilangkan penat suami.
Kata kunci di sini ialah jangan tinggalkan terus suami dan pergi melakukan kerja-kerja lain selepas suami klimaks.

TIADA MASALAH WALAUPUN HAID

Sekarang anda sudah tahu bahawa haid bukanlah alasan untuk mengelak daripada menunaikan tanggungjawab anda untuk menunaikan nafkah batin suami. Gunakan tips-tips yang saya berikan di atas untuk puaskan suami ketika haid.
Percayalah suami anda akan terharu dan menghargai apa yang anda lakukan. Isteri tersayang yang masih setia dan tidak teragak-agak untuk melayan beliau walaupun ketika haid.



1 Komentar untuk "Puaskan Suami Diranjang Ketika Haid Mengikut Islam"

"Selamat siang Bos ��
Mohon maaf mengganggu bos ,

apa kabar nih bos kami dari Agen365
buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Silahkan di add contact kami ya bos :)

Line : agen365
WA : +85587781483
Wechat : agen365


terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

 
Copyright © 2014-2015 Gilerrr Sembang - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info