1. COELACANTH
Sebelum tahun 1938, jenis ikan ini telah dianggap punah. Ikan ini mempunyai karakter seperti reptilia kerana bernafas dengan paru-paru. Jenis ikan ini telah menghuni bumi sejak 170 juta tahun yang lalu.
2. POLYPTERUS SENEGALUS
Ikan Afrika ini juga sering disebut dengan 'belut dinasour' kerana perwatakkannya yang anda lihat diatas. Polypterus Senegalus cenderung suka melarikan diri dari kolam atau tangki ikan mereka. Mereka boleh bertahan hidup di luar air untuk jangka waktu yang lama asalkan kulit mereka tetap basah.
3. ALLIGATOR GAR
Predator dan berbisik tebal ini ditemukan di Amerika Utara, Amerika Selatan dan juga Mesico Timur. Ia merupaka =n ikan air tawar terbesar di Amerika Utara. Ikan ini dapat membesar sehingga mencapai 200kg. Alligator Gars dikenali dengan gigi yang penuh dan tajam dan menyerupai repytilia yang panjang rahangnya. Ia merupakan predator yang rakus dan berbahaya kerana boleh menggigit manusia jika berkesempatan.
4. SAWFISH
SawFish atau Yu bergergaji adalah Yu lain yang bertahan hidup sejak zaman Cretaceous meski sekarang statusnya pun terancam. SawFish boleh ditemui dia air masin ataupun di sungai dengan ukurannya yang dapat mencapai sehingga 7 meter. SawFish terlihat seperti Yu meskipun sebenarnya SawFish lebih terkait dengan ikan pari.
5. ARAPAIMA
Kerabat dekat dari Arwana, Araipama juga ditemukan di Amazon dan merupakan ikan air tawar terbesar di dunia. Araipama dapat membesar hingga 4.5 meter meskipun ikan ini sudah jarang ditemukan. Arapaima menjadikan ikan-ikan kecil sebagai makanannya. Sekarang, Arapaima sudah menjadi terancam kerana diburu manusia untuk mengambil dagingnya.
6. STURGEON
Beberapa tahun ini, binatang ini telah hidup dengan nyaman di air di sekitar kita, namun karena polusi hewan yang telah hidup sejak 200 juta tahun yang lalu itu kini . keberadaannya hampir punah.
7. FRILLED SHARK
Frilled Shark adalah predator laut dalam peninggalan dari 'Periode Cretaceous' ketika dinasour menguasai bumi. Ia merupakan salah satu Yu yang masih hidup hingga hari ini. Baru-baru ini telah difilemkan untuk pertama kalinya 'Frilled Shark'. Spesis ini juga boleh membesar hingga 2 meter dan memakan sotong. Mereka tidak berbahaya kepada manusia dan faktanya kebanyakkan ikan Yu ini tidak pernah memakan manusia sepanjang hidupnya.
8. AROWANA
Arowana atau arwana telah wujud sejak zaman Jurassic. Sekarang mereka boleh ditemui di sungai Amazon dan beberapa wilayah di Afrika, Asia dan Australia. Arwana sangat diminati sebagai haiwan peliharaam yang ekzotik. Ikan ini boleh melompat sehingga 2 meter diatas air untuk menangkap burung ataupun kelawar untuk dimakan.
9. LANCETFISH
Wujud dari Lancetfish memang sudah mirip dengan haiwan prasejarah seperti yang dapat anda lihat dari gambar di atas. bahkan nama ilmiahnya juga mempunyai unsur dinosour iaitu 'Alepisaurus Ferox'. Lancetfish berukuran sekitar 2 meter dan dapat ditemui di semua lautan kecuali di kutub. Makanannya meliputi ikan-ikan yang lebih kecil seperti sotong dan adakalanya sesama sendiri.
10. HAGFISH
Hagfish sudah hidup lebih dari 300 juta tahun yang lalu, jauh sebelum dinasour muncul ke dunia. Hagfish disebut juga sebagai 'belut lendir' kerana perwatakannya yang mirip belut dan mengeluarkan lendir. Hagfish adalah haiwan yang sangat aneh, sebenarnya hagfish bukanlah belut ataupun ikan. Mereka mempunyai tengkorak kepala, namun tidak mempunyai tulang belakang. Hagfish juga buta dan bertahan hidup dengan makan dengan bangkai makhluk hidup yang tenggelam ke dasar laut, tempat dimana mereka hidup.
11. HIU GOBLIN
Dari bentuk tubuhnya, haiwan ini tampak begitu mengerikan namun haiwan ini tidak berbahaya bagi manusia. Haiwan yang telah wujud sejak 120 juta tahun ini dianggap sebagai haiwan paling tua yang menghuni bumi.
12. MEGALODON
Merupakan spesis ikan Yu purba raksasa yang hidup sekitar 20 hingga 1.2 juta tahun lalu. Yu ini berukuran lebih besar daripada sebuah kapal persiaran. Namanya sendiri bererti 'gigi yang besar' . Megalodon termasuk jenis Yu perairan dalam atau dasar laut yang jarang naik ke permukaan kecuali untuk mencari mangsa yang ingin dimakannya. Walaupun Yu jenis ini belum pernah ditemukan dalam keadaan hidup, tetapi banyak di antara kalangan ilmuwan berpendapat bahawa megalodon ini masih hidup.
13. BASILOSAURUS
Basilosaurus adalah jenis cetacean yang hidup dari 40 hingga 34 juta tahun silam di akhir Eosen. Sisa-sisa fosilnya telah ditemukan di Amerika Syarikat (Louisiana) dan merupakan reptilia raksasa laut. Selepas penelitian lebih lanjut, fosil kedua spesis ini telah ditemukan di Mesir dan Pakistan. Basilosaurus dapat membesar dengan panjang sehingga 18 meter (60 kaki) dan dipercayai sebagai haiwan terbesar. Sirip belakang mereka yang kecil telah menarik perhatian bagi para paleotologis.
14. LIOPLEURODON
Haiwan ini merupakan jenis reptilia laut karnivor. Nama saintifik Liopleurodon diperkenalkan oleh H.E Sauvage pada tahun 1873 atas dasar tiga gigi yang berukuran 70mm.
0 Komentar untuk "14 Ikan Purba Zaman Prasejarah yang Masih Hidup"