leaderboard

4 MITOS PENCUCI WANITA YANG PERLU ANDA KETAHUI!


Kajian saintifik diseluruh dunia telah lama membuktikan bahawa pH faraj secara semulajadi  dilindungi oleh bakteria lactobacillus yang mengeluarkan asid laktik pada tahap pH3.8 - 4.2 , dimana pada tahap keasidan ini, ianya dapat menghalang kawasan faraj dari serangan bakteria pathogen. Ini adalah fakta yang diketahui oleh semua pakar dalam fraternity perubatan dan mungkin juga sesetengah orang awam yang berpengetahuan.
Namun begitu, ada sesetengah pengeluar produk feminine wash telah mengeluarkan beberapa produk, herba, jamu, gel, pil pessary,masker yang melanggar piawaian penjagaan bahagian intim wanita ini dan akhirnya akan menyebabkan ketidakseimbangan bakteria semulajadi pada kawasan tersebut.Perkara ini jika tidak dibendung, ianya akan menambahkan lagi bilangan pesakit yang mengalami jangkitan kulat pada bahagian intim wanita yang mana, pada akhirnya boleh membawa hingga kepada barah serviks.
Kebanyakkan pengeluar ini menggunakan dakwaan-dakwaan palsu untuk melariskan produk mereka. Antara dakwaan-dakwaan palsu yang sering digembar-gemburkan ialah... 

MITOS - 1
Herba, Flora & Tumbuh-tumbuhan Dapat Mengekalkan pH Normal Vagina = TIDAK BENAR
FAKTA – Untuk mengekalkan pH normal vagina pada pH3.8-4.2 formula feminine wash perlulah mempunyai agen acidity seperti asid laktik atau citric acid bagi menjadikanya sedikit berasid. Ianya agak mustahil bagi herba, flora atau tumbuh-tumbuhan, dapat mengekalkan pH normal sedangkan kesemuanya adalah pH 7 keatas.

MITOS - 2
Tumbuhan Istimewa Yang Digunakan, Mengandungi Bahan Berubat Antiseptik Serta Mampu Mengetatkan Otot Vagina = TIDAK BENAR
FAKTA - Menggunakan antiseptik di dalam vagina boleh mengubah pH faraj (yang mana berasid), dan ia juga akan merosakkan mukosa faraj , malah boleh menyebabkan kerosakan tisu-  Dr. Arif N Khan (healthcaremagic.com)
Daun sireh adalah salah satu tumbuhan yang mengandungi phenol, iaitu sejenis antiseptik (ia mampu membunuh bakteria tetapi dalam masa yang sama, akan menghilangkan keseimbangan pH faraj)

MITOS -  3
Feminine Wash Yang Berbau Wangi Seperti Bau Rose Amat Mendinginkan dan Menyegarkan = TIDAK DIGALAKKAN
FAKTA - Pewangi sabun dan gel yang mengandungi bau-bauan harum boleh mengganggu tisu-tisu halus di kawasan kemaluan dan menthol yang bersifat sejuk serta lembab bertentangan dengan kaedah pencegahan. Ianya akan menggalakkan kelembapan, dan ini akan menyebabkan mudah bagi kulat dan bakteria membiak.

MITOS - 4
Feminime wash berbau wangi mampu mengubat dan mencegah keputihan = TIDAK BENAR
FAKTA - Mencegah dan merawat adalah dua perkara yang berbeza. Untuk mencegah, feminine wash tersebut WAJIB ada pH balance 3.8-4.2 dan mestilah tiada aroma wangian. Ini kerana, aroma wangian boleh menganggu persekitaran bakteria semulajadi pada bahagian faraj. Manakala, untuk merawat pula, feminine wash tersebut perlu ada bahan anti bakteria, parasit,kulat dan virus yang kuat serta asid laktik yang akan membantu mengimbang semula bakteria didalam faraj supaya jangkitan tidak berulang kembali.
Oleh itu, apabila anda membeli feminine wash yang seterusnya, pastikan anda memilih feminine wash yang tepat yang dapat membantu menjaga kawasan intim anda menjadi lebih sihat dan bebas dari ancaman bakteria. Elakkan menggunakan feminine wash yang mempunyai aroma dan juga yang tidak mempunyai pH 3.8-4.2


Semoga bermanfaat!




0 Komentar untuk "4 MITOS PENCUCI WANITA YANG PERLU ANDA KETAHUI!"

 
Copyright © 2014-2015 Gilerrr Sembang - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info