Pelakon utama drama Memori Cinta Suraya iaitu Anzalna Nasir telah mengumumkan yang dia dan kekasihnya, Hanif Zaki bakal melangsungkan perkahwinan mereka awal tahun depan.
Pengumuman itu dibuat Anzalna menerusi program HLive, Apa Kata Malaysia? yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi malam tadi.
Kata Anzalna, ketika ini dia sedang sibuk membuat segala persiapan menjelang hari bahagiannya itu termasuk permilihan tempat majlis, persalinan dan makanan.
Jelas Anzalna lagi, dia dan Hanif merancang untuk bertunang dan bernikah pada hari yang sama di majlis itu.
Anzalna ketika ditanya mengapa memilih Hanif sebagai teman hidupnya berkata, lelakit itu seorang yang sangat memahami dirinya dan meletakkan kepercayaan tinggi kepada Anzalna yang kerjayanya seorang aktres.
Pengenalan mereka bermula sejak Anzalna belum terlibat dalam dunia seni lagi iaitu kira-kira 4 tahun lalu dan setakat ini sifat sabar dan kepercayaan yang diberikan Hanif membuatkannya terharu.
Malah secara berseloroh Anzalna berkata mereka baru tiga kali sahaja bergaduh dalam tempoh percintaan tersebut.
Tambah Anzalna, dia akan mengambil masa yang ada ini untuk mempersiapkan diri bagi dirinya betul-betul bersedia bergelar isteri.
Drama Memori Cinta Suraya lakonan Anzalna kini sedang bersiaran di Astro Bella (133) dan Mustika HD (135), setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.30 petang.
Turut sama berlakon dalam drama itu ialah Hisyam Hamid, Afiq Muiz, Marisa Yasmin, Miera Leyana, dan Iqram Dinzly.
0 Komentar untuk "Anzalna, Hanif Zaki Bakal Bernikah Awal Tahun Depan"