Perkara mengejutkan dunia perubatan itu didedahkan seorang penyelidik dari Universiti Arkansas, Dr. Alejandra Mena Gutierrez selepas pesakit warga emas yang dirahsiakan namanya mengadu sering berasa lemah badan sejak Mei 2014.
Menerusi artikel mengenai penemuan tersebut yang disiarkan laman web perubatan terkenal, Livescience.com, doktor itu berkata, minum teh secara tidak berlebihan sebenarnya tidak mungkin boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Namun, penyelidik menjalankan kajian terhadap sampel air kencing pesakit itu dan hasilnya mereka menemui kristal kalsium oksalat yang cukup tinggi sehingga membentuk batu-batu karang kecil menyebabkan lelaki tersebut kurang bertenaga.
Pesakit mendakwa tidak pernah pernah menghidap batu karang atau ahli keluargnya ada sejarah penyakit buah pinggang tetapi akhirnya mengaku, dia gemar minum sampai 16 gelas teh kosong jenis daun hitam bercampur ketulan air batu.
“Teh hitam merupakan sejenis teh pekat amat kaya oksolat, atau sebatian yang boleh mengakibatkan masalah ginjal jika diminum dalam jumlah berlebihan, namun tidak mungkin berlaku jika kita ambil secara kuantiti kecil,” jelas Gutierrez.
Justeru meminum 16 kali setiap hari air teh itu dapat menyebabkan oksolat terbentuk lebih daripada 1,500 miligram (mg) dalam tubuh badan, angka yang cukup tinggi bagi purata pengambilan teh oleh rakyat negara tersebut untuk sehari.
Kajian mendapati, warga AS minum teh dengan kandungan oksolat harian 152 hingga 511 mg, walhal Akademi Nutrisi dan Dietetik Kebangsaan hanya syor oksolat secara selamat bawah 50 mg sehari atau segelas saja.
0 Komentar untuk "Ginjal Rosak kerana Minum Teh O Ais"