leaderboard

Menahan Diri - Hidup Berpantang Daripada Seks

Ada satu teori yang menyatakan bahawa berpantang seks boleh membuat orang tetap awet muda. Adalagi yang beranggapan, berpantang seks sangat berfaedah untuk kesihatan. Tetapi sebaliknya ada yang menyatakan, berpantang seks boleh mengakibatkan tekanan saraf dan merosakkan kesihatan. Banyak lagi pendapat berbeza mengenai hal ini.



Pendapat-pendapat di atas belum boleh dipastikan kebenarannya, Memang ada yang merasakan kemanfaatan hidup berpantang seks tetapi ada yang mengalami gejala tertentu yang tidak baik dan sangat mencemaskan.

Sir Isaac Newton, seorang ahli matematik selama hidupnya selalu membujang dan menyatakan dirinya selalu berpantang seks. Namun, sepanjang yang diketahui mengenai dirinya, dia terlalu sihat dan kecerdasannya luar biasa. Malah dia tidak merasa rugi kerana berpantang seks. Sebaliknya Socrates seorang ahli falsafah tidak pernah berpaantang seks. Bahkan dia dituduh melakukan praktik seksual yang murtad. Namun, dalam kenyataan, dia tetap baik dan pemikirannya tetap cemerlang.

Disebabkan banyak pendapat dan kenyatan, maka amat sukar untuk menetapkan dalil-dalil pasti mengenai baik dan buruknya berpantang seks. Jika selama seseorang berpantang seks merasakan gejala yang kurang sihat, maka perkara itutidak baik kerana boleh menggangu kesihatannya, Tetapi, jika dia tidak merasa gangguan mental dan fizikal selama berpantang seks, maka cara hidup itu dibenarkan.

Di dalam Islam hidup berpantang seks tidak dibenarkan, kecuali kalau ada uzur syar'i seperti tidak berduit untuk berkahwin atau dilarang doktor kerana menderita sakit jatung. Hidup berpaantang seks bermakna menekan libido yang sejak awal telah diciptakan Allah bagi manusia agar dapat meneruskan kelangsungan seks, sama halnya dengan mengingkari kehendak Tuhan dan mengingkari nikmatnya. Oleh itu, maka Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan umatya agar berkahwin dan ia merupakan sunnahnya.






0 Komentar untuk "Menahan Diri - Hidup Berpantang Daripada Seks"

 
Copyright © 2014-2015 Gilerrr Sembang - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info