leaderboard

Zizan dan Ummi - Sejauh Mana Hubungan Mereka??


MEREKA PERNAH MENJALINKAN HUBUNGAN CINTA DENGAN WARGA INDUSTRI HIBURAN. SUDAH PASTILAH APABILA TIMBUL GOSIP SEBEGINI, MEREKA TIDAK LAYAN ...

Sebelum ini, Miss ada terbaca di surat khabar yang pelakon Ummi Nazeera membuat penafian dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelawak Zizan Razak. Begitu juga yang berlaku sebaliknya.

Sebab itu apabila ada teman yang membisikkan kepada Miss agar tidak mempercayai kenyataan yang dibuat pasangan tersebut baru-baru ini, Miss jadi ragu-ragu. Siapa yang perlu Miss percaya??

Begini ceritanya, teman Miss mengatakan sememangnya kemesraan sudah berputik antara kedua-dua pelakon dan perlawak ini. 

Buktinya, ketika Ummi dilihat bersama-sama ibu Zizan ketika sama-sama menyaksikan program realiti yang sedang hangat diperkatakan hari ini.

Kemesraan terpancar antara Ummi dan ibu Zizan sekaligus menimbulkan spekulasi sebenarnya hubungan Zizan-Ummi itu sudah mendapat lampu hijau daripada pihak Zizan. 

Tapi tidak diketahui pula tentang reaksi keluarga di sebelah Ummi. Justeru, Miss ambil keputusan untuk tidak mempercayai semua khabar angin membabitkan Zizan dan Ummi.

Ini kerana sudah pastilah sebagai golongan selebriti, setiap gerak langkah pasti mencetuskan tanggapan dan persepsi golongan yang melihat pada waktu itu. 

Ini sekaligus menimbulkan banyak syak wasangka memandangkan kedua-dua pelakon itu mempunyai latar belakang kisah cinta yang sama.

Mereka pernah menjalinkan hubungan cinta dengan warga industri hiburan. Sudah pastilah apabila timbul gosip sebegini, mereka tidak dilayan.

Lagipun buata apa nak cepat melatah dengan khabar angin. Tak mendatangkan keuntungan langsung. Sebab itu apabila timbul lagi gossip cinta Ummi atau Zizan ini lagi, Miss harap Ummi dan Zizan tenang-tenang sahaja.

Sebab selagi Ummi dan Zizan belum rasmi menjadi hak milik mutlak mana-mana individu, selagi itu hubungan kamu berdua akan terus diperkatakan peminat. 

Lainlah kalau betul-betul sudah ada niat untuk melangkah ke peringkat lebih serius. Masa itu, baru Miss boleh percaya yang selama ini mereka memang ada hubungan istimewa!









1 Komentar untuk "Zizan dan Ummi - Sejauh Mana Hubungan Mereka??"

"Selamat siang Bos 😃
Mohon maaf mengganggu bos ,

apa kabar nih bos kami dari Agen365
buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Silahkan di add contact kami ya bos :)

Line : agen365
WA : +85587781483
Wechat : agen365


terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

 
Copyright © 2014-2015 Gilerrr Sembang - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info