leaderboard

INILAH 6 PERKARA WANITA TIDAK SEDAR YANG MEMBUATKAN MEREKA CEPAT TUA!

Ramai wanita sanggup habis beratus ringgit untuk krim antipenuaan, tapi langsung tak sapukannya di bahagian leher. Memang silap besar memandangkan kulit leher lebih nipis berbanding kulit wajah!

Pakar dermatologi, Howard Sobel berkata, kamu patut mula guna krim antipenuaan dan SPF di leher pada usia awal 20-an, dan jadikannya amalan untuk dapatkan kulit yang lembut dan licin selama-lamanya.



Ini antara 6 perkara yang anda tidak sedar anda lakukan dan tidak lakukan yang membuatkan anda cepat tua!

1. SEMBUR TERLALU BANYAK WANGIAN DI LEHER


Jika kamu sering lakukannya, stop! Alkohol dalam wangian mengeringkan kulit dan menyebabkan kedutan. Sesetengah wangian juga ada kesturi yang menjadikan kulit kamu sensitive terhadap cahaya matahari. Memadai jika kamu semburkan wangian pada pergelangan tangan.

2. AKSESORI DI LEHER TERLALU BERAT


Rantai kamu yang cukup bergaya itu mungkin boleh buat penampilanmu lebih menyerlah, tapi ia juga boleh meregangkan kulit. Sekali-sekala, gantikan rantai dengan gelang atau cincin agar lehermu boleh ‘berehat’.

3. KULIT TAK CUKUP LEMBAPAN 


Kulit sangat perlukan lembapan yang cukup. Guna produk yang mempunyai kandungan seperti asid hialuronik, RETINOL. Vitamin C, dan glycolic acid yang membina kolagen dan menegangkan kulit. Urut ke dalam kulit dengan jari dalam gerakan ke atas.

4. BERAT BADAN TIDAK TETAP


Jika berat badan kamu sering naik turun dalam jumlah yang banyak, leher kamu boleh mengalahkan leher ayam belanda! Pastikan kamu maintain berat badan. Elakkan crash diet!

5. TIDAK MELAKUKAN SENAMAN UNTUK LEHER


Duduk atas kerusi dan angkat wajah menghadap siling. Buka mulut seluas yang boleh dan cuba cantumkan bibir bahagian bawah ke bibir atas. Tahan tiga saat. Relaks dan ulang 10 kali. Lakukan senaman ini beberapa kali sehari, dan leher kamu akan nampak muda remaja seperti gadis berusia 15 tahun.

6 TIDAK MEMAKAI KRIM SPF


Mula-mula bintik gelap, kemudian bintik penuaan lain… jadi jangan skip krim tabir suria. Beli satu yang mengandungi antioksidan, seperti Vitamin C yang meningkatkan keberkesanan tabir suria.





0 Komentar untuk " INILAH 6 PERKARA WANITA TIDAK SEDAR YANG MEMBUATKAN MEREKA CEPAT TUA!"

 
Copyright © 2014-2015 Gilerrr Sembang - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info