Mengapakah Kulit Tampak Kusam??
Kulit kusam terjadi bila kulit kita tak cuci betul-betul, so kulit mati atas tu tak keluar, jadi bila dia tertempek lah atas muka, sebab bila kita keluar or duduk dalam rumah sekali pun, habuk kotoran akan melekat di muka kita. Jadi, bila dah berkumpul, jadilah kulit kusam. Kulit kusam sememangnya buatkan wajah nampak tak menarik. Walaupun berkulit putih, tapi nampak kusam, tak bermaya, boleh juga dikatakan kulit nampak kotor ... Opss!
Baik, izinkan saya bertanya kepada anda, pernahkah anda perasan, bila anda sudah makeup dengan cantik dan berhias dengan menarik, Anda dapat rasakan sesuatu yang tak kene dengan wajah anda? Ia kelihatan seperti tidak bermaya, tidak ada serinya.
Nak kata tak cukup tidur, sudah lapan jam anda tunaikan. Melainkan memang anda tak cukup tidur. Jika pernah, mungkin ini adalah tanda yang anda sedang alami masalah kulit muka kusam.
Ia berlaku disebabkan beberapa faktor. Faktor ini mungkin berkait rapat dengan kehidupan kita seharian. Sama ada kita sedar atau tidak.
Baik apa faktornya? Mari sama-sama kita bedah siasat ;
KULIT KUSAM
Keadaan ini terjadi disebabkan sel-sel kulit yang mati dan sel baharu saling bercampur menyebabkan kulit tampak gelap dan bernoda (kotor). Pertumbuhan sel-sel baharu kurang berkembang. Ini menyebabkan kulit tampak pudar. Kulit sebegini sering mendapat whiteheads iaitu pengumpulan lemak dalam pori-pori kulit. Lemak ini berasal daripada kelenjar sebelum atau kelenjar minyak yang terlalu aktif. Oleh sebab pengeluaran lemak terlalu banyak maka kulit jadi berminyak dan jerawat juga mudah terjadi.
BLACKHEADS
Merupakan noda hitam akibat sel-sel sebum dan bulu roma yang bercampur. Blackheads yang banyak menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata. Kulit tampak kotor meskipun telah dicuci.
KESAN PARUT LAMA
Satu lagi masalah yang menjadikan kulit tampak kusam ialah kesan parut lama. Apabila kulit berparut akibat daripada jerawat ataupun masalah lain maka kesan kehitaman mula terlihat. Aktiviti fasial sahaja tidak boleh membantu mengatasinya.
FAKTOR MATAHARI
Jika seseorang wanita itu bekerja di lapangan atau selalu terdedah kepada sinaran matahari, kulit akan menjadi lebih kasar, berlaku pigmentasi dan cepat berkedut. Ini kerana sinaran matahari boleh menyebabkan berlakunya pigmentasi. Pigmentasi akan menyebabkan kita kelihatan lebih tua. Sinaran UVA dan UVB juga menyebabkan kulit kita cepat kehilangan kologen pada kulit.
Kologen pada kulit tidak boleh diganti dengan menyapu kologen pada kulit atau dengan mengambil kologen daripada pemakanan. Oleh itu kita kene menjaga kulit kita daripada kehilangan kologen dengan menjaga kulit daripada dirosakkan oleh sinaran matahari. Apabila kulit kehilangan banyak kologen, maka berlakulah kedut-kedut di muka. Ini menyebabkan kita kelihatan lebih tua sebelum usia.
BAHAN KIMIA
Selain itu, penggunaan produk kecantikkan mengandungi bahan kimia yang tinggi menyebabkan sel kulit rosak dan kulit tampak kusam. Akibatnya, kulit menjadi "ketagih" kepada bahan kimia itu. Tanpanya, kulit akan layu dan menjadi gelap.
1 Komentar untuk "Mengapakah Kulit Tampak Kusam??"
"Selamat siang Bos ��
Mohon maaf mengganggu bos ,
apa kabar nih bos kami dari Agen365
buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Silahkan di add contact kami ya bos :)
Line : agen365
WA : +85587781483
Wechat : agen365
terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"