leaderboard

7 Ciri-ciri Seks Yang Tidak Normal


DI dalam kehidupan seks manusia selalu melakukan seksual yang normal tetapi masih ada yang melakukan seksual yang abnormal. Yang normal ialah hubungan kelamin antara dua jenis kelamin yang berbeza, iaitu lelaki dan perempuan. Sedangkan yang abnormal ialah pemuasan nafsu seks dengan memakai objek yang berjenis-jenis serta menyalahi dari adat kebiasaan yang berlaku. Seorang lelaki yang bersetubuh dengan isterinya, itulah kehidupan seksual yang normal.

Kehidupan seksual yang abnormal sudah berlangsung sejak dahulu sebelum kedatangan Islam. Tetapi setelah Islam mula tersebar, ciri seks yang tidak normal itu dapat perhatian khusus sehingga ayat-ayat Al-Quran dan hadis menyebut tentangnya. Menurut Islam, seseorang dikatakan normal kehidupan seksualnya jika dia dapat menjaga kemaluannya dan hanya bersama isteri serta hamba yang dimilikinya.

Firman Allah S.W.T ;

"Dengan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri mereka atau hamba yang dimilikinya, sesungguhnya mereka dalam hal itu tidak tercela. Barang siapa mencari yang disebalik, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas." (Al-Mukminin :5-7)

"Barang siapa mencari yang disebalik itu," memberi maksud berbuat zina, homoseksual dan lain-lain. Sifat seksual yang abnormal ialah :

1. HOMOSEKSUAL

Golongan ini tertarik melakukan hubungan sejenis. Bagi wanita disebut Lesbian. Dalam sejarah, kaum Nabi Luth lah yang paling banyak melakukan dosa seperti ini sehingga Allah menurunkan seksaan kepada mereka dengan hujan batu yang memusnahkan mereka.

Firman Allah S.W.T ;

"Dan (Kami telah mengutus) Luth kepada kaumnya. Ingatlah ketika dia berkata kepada mereka : Mengapa kamu melakukan perbuatan fahisyah itu yang belum pernah dilakukan oleh seseorang pun di dunia ini sebelum kamu? Kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu, bukan kepada wanita. Malah kamu merupakan kaum yang melampaui batas." (Al-A'raf : 80-81)

Kerana perbuatan mereka inilah Allah menurunkan azab kepada mereka :

Ertinya :

"Dan Kami turunkan kepada mereka hujan batu, meka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu."

Rasulullah S.A.W menyamakan perbuatan itu dengan zina :

Ertinya : 

"Jika lelaki mendatangi (melakukan seks) lelaki, maka itu ialah orang yang berzina. Dan jika perempuan mendatangi perempuan, maka keduanya juga berzina."

2. SODOMY ATAU SEKSUAL ANALISM 

Iaitu orang yang menggunakan dubur sebagai alat coitus. Memasukkan penis ke dalam dubur isteri atau kaum sejenisnya, Sabda Rasulullah yang bermaksud : "Barang siapa memasukkan penisnya kedalam dubur isteri, maka Allah akan membangkitkannya kelak pada hari kiamat berbau busuk daripada bangkai."

3. PEDOPHILIA 

Iaitu mendapat kepuasan seks bersama anak-anaknya. Banyak tersiar di akhbar kisah orang yang dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan seks dengan anak-anak. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa mencium anak-anak dengan rasa syahwat, maka dia bakal diikat dengan tali kendali dari neraka."

4. INCEST

Bersetubuh dengan muhrim seperti ibu, adik, kakak, saudara dan bapa. Biasanya orang itu kalau masih ada hubungan muhrim kita tidak akan merasa bernafsu tetapi sekiranya ada, inilah kelainan seksual yang dilarang agama. Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

Ertinya : 

"Barang siapa mencium anak-anak dengan rasa syahwat, maka seakan-akan dia seperti berzina dengan ibunya sebanyak 70 kali. Dan barang siapa berzina dengan ibunya sekali, maka seperti dia membunuh 70 nabi."

5. BESTIALITY 

Iaitu bersenggama dengan binatan. Ada yang rasa puas jika dapat menyalurkan syahwatnya dengan binatang. Ini termasuk kelainan seksual sepertimana yang disabda Rasulullah :

Ertinya : 

"Ada empat golongan yang sejak pagi lagi sudah ada dalam kemurkaan Allah dan berjalan dalam kemarahan-Nya. Baginda ditanya : Siapakah mereka itu? Baginda menjawab : Mereka ialah lelaki yang berbuat menyerupai kaum perempuan, orang perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang berhomoseks dengan binatang dan orang lelaki yang mendatangi lelaki."

6. TRANSVESTISME

Iaitu kegemaran pakaian seperti perempuan atau sebaliknya. Ini termasuk sifat seksual yang abnormal kerana keluar dari sifat sebenarnya.

7. ONANI ATAU MASTURBASI

Iaitu mencapai kepuasan seks dengan diri sendiri.






1 Komentar untuk "7 Ciri-ciri Seks Yang Tidak Normal"

"Selamat siang Bos 😃
Mohon maaf mengganggu bos ,

apa kabar nih bos kami dari Agen365
buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Silahkan di add contact kami ya bos :)

Line : agen365
WA : +85587781483
Wechat : agen365


terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

 
Copyright © 2014-2015 Gilerrr Sembang - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info