leaderboard

Kebersihan MULUT Elak Penyakit Serius?


PENYAKIT jantung, kencing manis dan obesiti adalah di antara penyakit yang biasa dikaitkan dengan masalah kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Dengan kesibukkan harian, kita asyik memberi perhatian yang lebih kepada penjagaan kecergasan badan dan rupa paras, tetapi kita sering mengabaikan satu lagi aspek penting kesihatan diri iaitu kebersihan mulut (gigi).

Kebenarannya adalah, kesihatan gigi juga patut diberikan perhatian yang sama sebagaimana kita mementingkan kesihatan badan. 

TAHUKAH anda, kesihatan mulut boleh memberi kesan kepada beberapa penyakit kronik dan berjangkit yang menunjukkan simptomnya di dalam mulut?

Berdasarkan satu penyelidikkan yang dibuat melalui Tinjauan Kesihatan Oral Golongan Dewasa Kebangsaan Malaysia pada tahun 2000, didapati bahawa kebanyakkan rakyat Malaysia tidak memberi perhatian dan kepentingan terhadap kesihatan gigi. 

Penyakit diabetes mempunyai kaitan dua hala dengan kesihatan mulut dan hanya 34.6 peratus mengetahui penyakit gusi yang tidak dirawat boleh memberi kesan kepada wanita hamil dan bayi.

Menurut Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Teh Tat Beng, penyakit mulut boleh menyebabkan jangkitan, kerandangan dan kesan-kesan serius yang lain terhadap kesihatan diri secara keseluruhannya. 

"Contohnya, masalah mulut boleh memburukkan lagi penyakit kencing manis sementara penyakit tersebut pula boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan memburukkan lagi penyakit gusi.

"Lebih-lebih lagi, penyakit gusi yang tidak dirawat sering dikaitkan dengan risiko tinggi kelahiran bayi pramatang dan berat badan yang rendah. Malangnya, kesedaran tentang isu amat rendah dalam kalangan rakyat Malaysia," ujarnya.

Kajian tersebut turut mendedahkan rakyat Malaysia tidak mengamalkan rutin penjagaan mulut yang lengkap. Sebanyak 78.1 peratus tidak menyedari atau kurang pasti yang memberus gigi sahaja tidak mencukupi untuk pembersihan mulut yang menyeluruh kerana ia hanya memberi 25 peratus mulut kita. 

Kajian ini merumuskan hanya sejumlah kecil 32.7 peratus rakyat Malaysia yang mengamalkan rutin penjagaan mulut menyeluruh termasuk berkumur dengan pengkumur mulut. 

Berdasarkan fakta tersebut dna bagi menggalakkan amalan penjagaan mulut harian yang lengkap tentang kepentingan rutin penjagaan mulut yang lengkap termasuk berkumur dengan pengkumur mulut.





1 Komentar untuk "Kebersihan MULUT Elak Penyakit Serius?"

"Selamat siang Bos 😃
Mohon maaf mengganggu bos ,

apa kabar nih bos kami dari Agen365
buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Silahkan di add contact kami ya bos :)

Line : agen365
WA : +85587781483
Wechat : agen365


terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

 
Copyright © 2014-2015 Gilerrr Sembang - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info