leaderboard

Waktu Kumuncak Seksul Bagi Lelaki dan Wanita

Gambar Hiasan
LELAKI

KAUM lelaki setelah memasuki zaman remaja sampai usia sekitar 60 tahun, potensi seksualnya masih normal tetapi setelah melampau umur itu biasanya potensi seksual mulai menurun. Masa menurun ini dalam istilah perubatan dikenali sebagai 'Climacterium' iaitu umur masa peralihan.

 Pada masa climacterium ini terjadi perubahan yang bersifat mental, sedangkan perubahan fizikal tidak begitu kelihatan sebagaimana terjadi kepada wanita. Tanda perubahan mental ini ialah suka menyendiri, mudah marah,  suka melamun dan lain-lain. Begitu juga dengan keadaan tubuhnya yang mula menurun. Sering sakit seluruh badan, tulang terasa sengal, sukar tidur, leah badan dan lain-lain yang kesemuanya disebabkan umur yang lanjut. 

Pendek kata lelaki ketika ini mengalami luar dan dalam. Emosi seksual lelaki yang telah memasuki waktu kemuncaknya tergantung kepada kadar hormon kelamin yang dihasilkan oleh berbagai kelenjar dalam tubuh. Lelaki dalam usia sekitar 50-60 tahun, peredaran hormonnya masih berlangsung. Bermakna libidonya masih tetap berlangsung bahkan sehingga tua. Tetapi kerana pengaruh usia maka kemampuan untuk melakukan hubungan kelamin mula menurun.

WANITA

MENJELANG kedatangan menopause (mati haid) bagi wanita, mereka juga mengalami masa climecterium. Di Malaysia wanita yang mengalami masalah ketika menghadapi menopause berkurangan, berbeza dengan wanita Barat yang hampir 60% memerlukan rawatan khusus untuk menyelesaikan masalah ini.

Wanita selama  masih berhaid bereti dia masih dalam keadaan subur kerana haid ialah suatu petanda bahawa ovariumnya masih boleh mengeluarkan sel-sel telur untuk dibuahi. Sebaliknya jika haid wanita telah berhenti, bermakna evolusinya juga telah berhenti.

Sebelum menopause ia didahului oleh masa climecterium yang biasnya terjadi sekitar umur 40 tahun. Ketika ini banyak terjadi perubahan pada fizikalnya kerana dipengaruhi oleh kurangnya kegiatan ovarium. Biasanyan akan terjadi perubahan-perubahan sebagai tanda permulaan tua seperti kulit kedur, tumbuh uban di rambut, buah dada berkerut-kerut, lemah, kemaluan semakin kendur dan sebagainya. Keadaan kesihatannya pun semakin menurun seperti sakit kepala, sakit badan, sakit jantung dan lain-lain. Manakala dalam hal mental terjadi banyak perubahan seperti lekas marah, suka melamun mengenangkan masa lampau, mudah tersinggung dan banyak hal lagi perubahan mental yang sebelumnya jarang dilakukan.

Di bidang seksual pun dia akan mengalami perubahan. Perasaan seksualnya semakin berkurangan sehingga ketika melayani suaminya tidak seghairah seperti sebelumnya. Namun kadang-kadang terjadi ke atas seorang wanita ketika masa climecterium berlaku mirip seperti gejala-gejala pubertas di mana dia mudah terangsang, nafsu berahinya berkobar seolah-olah dia memasuki masa pubertas kedua. 

Bagi wanita yang berumur sekitar 40 tahun jika terjadi gangguan kesihatan, mental dan berlainan perasaan, janganlah dirisaukan. Seeloknya bertemu doktor atau orang yang arif dalam bidang seksual hingga mendapat petunjuk positif mengenai apa yang dialaminya. Biasanya masa kemuncak itu diiringi dengan siklus menstruasi yang tidak teratur. Jarak antara menstrausi dengan lainya semakin bertambah panjang dan kurang pendarahan. Untuk jangka masa selanjutnya dia benar-benar sudah tidak mengalami pendarahan lagi kerana ovarium sudah berhenti bekerja, tidak dapat memproses sel-sel telur yang matang untuk dilepaskan kedalam saluran telur. Akhirnya dia mengalami menopause.

Sungguhpun haidnya telah berhenti, namun tidak semua kelenjar kelamin berhenti. Masih ada organ seksual yang tetap berfungsi. Dalam keadaan ini tidak bermakna dorongan dan keghairahannya untuk seksual sudah berhenti, tetapi tidaklah sehebat ketika masih muda.

Kebanyakkan wanita Islam apabila menghadapi masalah sebegini akan mengalihkan perhatiannya ke dalam masalah-masalah agama. Dia mula rajin mengisi waktu dengan beribadah, mendekatkan diri kepada Allah, melibatkan diri dalam perkumpulan agama dan sosial. Langkah sebegini sangat dipuji tambahan jika diarahkan kepada keagamaan dan kesejahteraan masyarakat. 





 
2 Komentar untuk "Waktu Kumuncak Seksul Bagi Lelaki dan Wanita"

http://hebohmalam.blogspot.com/2017/11/wanita-ini-nikahi-8-pria-hanya-untuk.html
http://ceritamenggesankan.blogspot.com/2017/11/spg-rokok-ini-mau-di-bayar-mahal-untuk.html
http://ceritamasukan.blogspot.com/2017/11/warga-rayakan-hari-telanjang-sedunia.html

"Selamat siang Bos 😃
Mohon maaf mengganggu bos ,

apa kabar nih bos kami dari Agen365
buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Silahkan di add contact kami ya bos :)

Line : agen365
WA : +85587781483
Wechat : agen365


terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

 
Copyright © 2014-2015 Gilerrr Sembang - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info